KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka mengalami hujan berterusan bermula esok hingga 20 Januari.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.