Penghantar makanan mengaku tidak bersalah cederakan isteri

Iklan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan mencederakan isteri.

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan mencederakan isteri dengan memukul bahagian muka dan badan wanita itu, semalam.

Muhammad Ali Naa Foo Lim, 27, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 28 tahun di sebuah bilik di Bandar Tasik Selatan, Cheras pada 1 tengah hari.

Iklan
Iklan

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Zuhairi Osman menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Iklan

Muhammad Ali yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan dia menanggung keluarga serta tidak lagi tinggal bersama isterinya.

Majistret Illi Marisqa Khalizan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bersyarat tambahan seperti dipohon pendakwaan dan menetapkan 19 Feb untuk sebutan kes. - Bernama

Iklan