SEBAHAGIAN besar wanita mengimpikan kejayaan dan kecantikan kulit wajah berjalan seiring. Diakui ia bukan perkara yang mudah, namun tidak mustahil untuk dilaksanakan meskipun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran tersendiri.
Kulit wajah wanita lazimnya akan terdedah kepada beberapa masalah utama. Antaranya adalah seperti pencemaran persekitaran daripada debu kotoran, asap kenderaan, sinaran ultra violet (UV) dan radikal bebas yang menyebabkan kulit kusam ataupun bintik hitam.
Selain itu, tekanan jadual harian yang padat, berjaga lewat malam dan masalah hormon tidak seimbang boleh menyebabkan minyak berkumpul di bawah lapisan kulit wajah lalu mengakibatkan jerawat dan tona tidak sekata.
Tidak kurang juga berpunca daripada sisa kotoran bahan kosmetik yang tidak dibersihkan secara menyeluruh. Bakteria yang tertinggal menjadikan pori tersumbat, kulit kasar, kering dan mengalami dehidrasi.
Namun begitu, usah bimbang kerana produk kecantikan wajah Safi mempunyai solusi istimewa bagi mengatasi semua masalah tersebut.
Rangkaian produk Beaute by Safi diperbuat daripada 100 peratus teh seperti teh putih, teh hijau dan teh hitam terpilih kaya dengan antioksida dan bahan aktif semula jadi yang bertindak membersih dan melindungi kulit wajah daripada radikal bebas.
Produk baharu yang menawarkan tiga jenis pembersih dan satu skrub muka itu membantu memudahkan proses detoksifikasi kulit wajah dan membersih sisa solekan secara holistik. Pada masa sama, melegakan kulit daripada jerawat akibat stres, menyegarkan dan meningkatkan benteng pertahanan kulit wajah. Berikut ialah perincian setiap produk:
White Tea & Damask Rose
Pembersih wajah dalam bentuk gel berkenaan membantu mengecilkan liang pori dan bertindak membersih pori tersumbat serta mengeluarkan kotoran pada kulit wajah jenis kering dan normal.
Gabungan ekstrak White Tea & Damask Rose yang diperkaya dengan antioksida dapat mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengecilkan pori.
Green Tea & Neem
Selain melindungi kulit wajah normal dan berminyak daripada masalah jerawat, pembersih gel lembut kombinasi ekstrak Green Tea & Neem berupaya mengawal sebum dan membantu mengurangkan bekas parut.
Black Tea & Black Orchid
Pembersih wajah yang mengandungi asid amino dan bertekstur krim lembut tersebut dirumus dengan ekstrak Black Tea & Black Orchid yang harum dan diperkaya dengan dua kali ganda antioksida. Produk yang ideal untuk kulit wajah sensitif itu berupaya membersih kotoran dan melindungi wajah daripada masalah penuaan awal.
Skrub Apricot Tea
Skrub yang dirumus dengan gabungan ekstrak Apricot & White Tea berkenaan bertindak membersihkan sel kulit mati, memulihkan tekstur, melicinkan dan mencerahkan kulit wajah.