Kertas siasatan 'Langkah Dubai' dirujuk ke AGC

Iklan
Mohd Shuhaily.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merujuk kertas siasatan berhubung gerakan `Langkah Dubai' yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pejabat Peguam Negara (AGC), pada Selasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan menunggu arahan lanjut daripada pihak AGC untuk tindakan seterusnya.

Iklan
Iklan

"Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada hari ini untuk kajian dan arahan lanjut. Setakat ini tiada individu lain yang dipanggil untuk dirakam keterangan selain daripada empat individu yang kita panggil sebelum ini,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan polis sudah memanggil empat individu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung perkara itu pada Jumaat lalu.

Iklan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini dilaporkan berkata, polis memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berkaitan isu Langkah Dubai selepas mereka didapati menggunakan media sosial sebagai platform untuk berbicara mengenai isu berkenaan.

Berikutan itu, katanya polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dan suspek utama adalah aktivis politik, Raja Petra Kamarudin.

Iklan

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.