KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah menyumbangkan kepala singa bernilai RM1.5 juta kepada pelbagai kuil dan persatuan Cina di negeri itu bagi pasukan tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina, bulan depan.
Jabatan Ketua Menteri Sabah, dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menyampaikan kepala singa kepada kuil dan persatuan berkenaan di zon tengah Pantai Barat dalam satu majlis, di sini hari ini.