Lebih 2,000 pelajar terima makanan percuma kerjasama Sinar Karangkraf, Taco Bell

Iklan
Pelajar beratur untuk mendapatkan pek makanan percuma dalam Program Taco Bell Give Away di Central Plaza, Universiti Multimedia pada Selasa.

CYBERJAYA - [DIKEMAS KINI] Lebih 2,000 pelajar menerima pek hidangan percuma dari restoran makanan segera, Taco Bell Malaysia menerusi kerjasama dengan Sinar Karangkraf dalam Program Taco Bell Give Away di Central Plaza, Universiti Multimedia (MMU) di sini.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, program selama tiga hari berakhir pada Selasa itu merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah Program Sinar Karangkraf Bersama Komuniti.

Iklan
Iklan
Nik Justin.

"Aktiviti CSR bersama Taco Bell ini kami jalankan selama tiga hari berturut-turut iaitu sejak Ahad lalu dan hari ini merupakan hari terakhir yang mana kita menyantuni golongan pelajar pula.

"Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan kerana saya dimaklumkan bahawa pelajar sudah mula beratur seawal jam 11.45 pagi walaupun pengagihan makanan sepatutnya bermula 1 petang.

Iklan
Pelajar beratur untuk mendapatkan pek makanan percuma dalam Program Taco Bell Give Away di Central Plaza, Universiti Multimedia pada Selasa.

"Sambutan di luar jangkaan dan insya-ALLAH kami akan teruskan lagi aktiviti CSR seperti ini, kemungkinan pada bulan Ramadan pula," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pengurus Kawasan Taco Bell, Hafezi Rasidi memaklumkan, penyediaan makanan itu melibatkan lapan cawangan sekitar Lembah Klang untuk membantu membuat persiapan penuh.

Iklan
Ahmad Danish Qarein (kiri).

"Cawangan kami bertungkus-lumus sejak awal lagi dalam menyiapkan ke semua hidangan ini untuk diberikan kepada pelajar sempena hari terakhir ini.

"Selain itu, beberapa cawangan kami juga mengagihkan kepada rumah kebajikan yang terdekat sebagai salah satu tanda sokongan kami untuk beri semula kepada masyarakat.

"Saya berharap kolaborasi seperti ini akan diteruskan lagi pada masa depan dan tidak terhenti setakat ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Pensyarah Fakulti Media Kreatif MMU, Profesor Madya Dr Soo Wincci berkata, pelajar berasa teruja sebaik sahaja dimaklumkan mengenai pemberian makanan secara percuma kepada mereka.

Soo Wincci.

"Ramai pelajar yang tanya saya betul ke ada makanan percuma dan mereka ingat saya tipu kerana belum pernah ada program seperti ini dilakukan di sini.

"Sebenarnya, banyak pelajar terdiri daripada golongan B40 sehinggakan ramai terpaksa melakukan kerja sampingan menyebabkan setiap wang yang perlu dikeluarkan ini, mereka terpaksa berkira-kira.

"Kadang-kadang mereka terpaksa ikat perut terutamanya pada waktu tengah hari, jadi inisiatif ini sangat bagus jika dilaksanakan lagi pada masa depan yang mana secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban pelajar," jelasnya.

Sinar Harian bergambar bersama wakil Taco Bell Malaysia ketika Program Taco Bell Give Away di Central Plaza, Universiti Multimedia (MMU) pada Selasa.

Selain itu, pelajar, Ahmad Danish Qarein Baharein, memaklumkan, program tersebut membolehkan dia dan rakan-rakannya menjimatkan perbelanjaan untuk makan tengah hari pada hari tersebut.

"Saya tahu program ini dari kawan-kawan yang sebarkan poster dan terus datang ke sini selepas tamat kuliah.

Sinar Harian bergambar bersama wakil Taco Bell Malaysia ketika Program Taco Bell Give Away di Central Plaza, Universiti Multimedia (MMU) pada Selasa.

"Ramai pelajar yang ikat perut pada waktu tengah hari dan sekurang-kurangnya saya dapat jimatkan belanja saya untuk hari ini.

"Terima kasih kepada Taco Bell dan Sinar Karangkraf beri makanan percuma kepada kami," katanya.