TANAH MERAH - Seorang pemuda mampu meraih pendapatan sampingan RM150 sehari hasil jualan cengkerik yang dijadikan umpan memacing dan makanan burung.
Ahmad Muzani Zakaria, 27, berkata, serangga itu mendapat permintaan tinggi ketika ini terutama daripada pemancing.
Iklan
Iklan
"Dalam tempoh seminggu sebanyak 3,000 cengkerik mampu saya jual dengan harga RM1 bagi 15 ekor serangga ini untuk dijadikan umpan memancing ikan darat.
"Kebanyakan pelanggan adalah dalam kalangan penduduk kampung yang memancing di sawah, parit atau sungai-sungai," katanya ketika ditemui Bernama di kedainya di Kampung Padang Siam, di sini pada Selasa.
Ahmad Muzani berkata, perniagaan cengkerik dilihat berpotensi besar dan dia mendapat bekalan 5,000 cengkerik dalam seminggu dari Perak.
"Serangga ini menjadi umpan bagi memancing ikan puyu, keli dan belut apabila kaki pancing tidak mendapat cacing.
"Perniagaan cengkerik ini dilihat berpontensi besar memandangkan ia mula menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai yang menjadikannya sebagai umpan memancing dan makanan burung selain ulat," katanya. - Bernama