TOKYO - Dua pesawat penumpang berlanggar di Lapangan Terbang New Chitose di wilayah Hokkaido di utara Jepun pada petang Selasa, tanpa sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini, lapor Xinhua.
Perlanggaran itu berlaku kira-kira 5.30 petang waktu tempatan, melibatkan pesawat Korean Air dan Cathay Pacific, menurut penyiar nasional NHK memetik pengendali Hokkaido Airports Co., Ltd. - Bernama-Xinhua