RANGKAIAN makanan segera India, Wow! Momo telah menjual 15 peratus kepentingan kepada dana kekayaan kedaulatan Malaysia, Khazanah Nasional Bhd pada harga 3.5 bilion rupee (AS$42 juta), lapor media India pada Selasa.
Ia memperoleh 600 juta rupee lagi (AS$7.2 juta) daripada firma pelaburan India, OAKS Asset Management (RM1=AS$4.692).