Wajarkah setia dipertikai kerana bukan Melayu?
Iklan
BERPENGALAMAN lebih 20 tahun selaku pemimpin nombor satu negara, Tun Dr Mahathir Mohamad selayaknya bergelar negarawan namun tokoh politik tersohor itu baru-baru ini mencetuskan polemik yang mengundang pelbagai reaksi.
Menerusi temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV, Dr Mahathir berkata, seseorang itu harus dikenali sebagai orang Melayu untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.