Setengah bilion haiwan jadi korban kebakaran di Australia

Iklan
Anggota penyelamat memberi minuman kepada seekor koala yang diselamatkan daripada kebakaran di NSW. - Foto Agensi

SYDNEY - [DIKEMASKINI] Hampir setengah bilion haiwan terbunuh akibat kebakaran hutan di Australia dan ia dikhuatiri mampu menghapuskan semua spesies di negara itu.

Ahli ekologi dari Universiti Sydney menganggarkan sebanyak 480 juta mamalia, burung dan reptilia telah hilang sejak September lalu dengan angka itu akan terus melonjak.

Iklan
Iklan

Kebakaran yang memusnahkan negeri Victoria dan New South Wales (NSW) sejak beberapa hari lalu turut mengorbankan beberapa nyawa dengan beberapa lagi dilaporkan hilang.

"Kebakaran yang begitu panas dan merebak dengan pantas menyebabkan kematian yang ketara terhadap haiwan terutamanya di dalam pokok.

Iklan

"Terdapat kawasan besar yang masih terbakar dan menyukarkan pasukan penyelamat menemui bangkai haiwan," jelas Mark Graham dari Majlis Pemuliharaan Alam.

Sementara itu, sukarelawan penyelamat haiwan, Tracy Burgess berkata, pusat menyelamatnya menerima kurang haiwan daripada dijangka dan perkara itu sangat membimbangkan. - Agensi

Iklan