Warga asing ditahan bersama 20,000 biji pil yaba

Iklan
Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan bersama 20,000 biji pil yaba di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang pada Selasa.

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun ditahan bersama 20,000 biji pil yaba di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang pada Selasa.

Serbuan jam 1.50 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) selepas melihat suspek yang merupakan warga Thailand berada dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa serbuan dijalankan lelaki terbabit dikatakan sedang menggalas satu beg warna merah.

"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam beg tersebut telah menjumpai empat bungkusan kertas kekuningan mengandungi pil yaba sebanyak 20,000 biji dengan nilai rampasan RM128,480.

Iklan

"Ujian saringan awal mendapati suspek positif methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, hasil semakan yang dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Iklan

Ujarnya, lelaki itu direman selama tujuh hari bermula 17 hingga 23 Januari.

Muhamad Zaki memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.