KPKM beri amaran ambil tindakan tegas pengilang gagal patuhi lesen

Iklan
KPKM akan mengambil tindakan tegas terhadap pengilang yang didapati gagal mematuhi peraturan lesen sekali gus memberi kesan terhadap bekalan beras tempatan. - Gambar hiasan (Gamarbar kecil: Kenyataan media KPKM berhubung tindakan bakal dikenakan ke atas pengilang yang gagal mematuhi lesen.)

ALOR SETAR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap pengilang yang didapati gagal mematuhi peraturan lesen sekali gus memberi kesan terhadap bekalan beras tempatan.

KPKM dalam satu kenyataan pada Rabu memberi peringatan kepada pengilang padi, pemborong dan peruncit beras selaku pemegang lesen supaya mematuhi peruntukan perundangan bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan sama memberi peringatan di mana tindakan penguatkuasaan yang tegas akan diambil sekiranya pemegang lesen gagal mematuhinya.

"Bagi memastikan bekalan terjamin, KPKM giat melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi di samping melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di sepanjang rantaian bekalan padi dan beras dalam negara,"jelas kenyataan tersebut.

Iklan

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Yan, Kedah pada 15 Januari 2024 telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM12,000 terhadap Kilang Beras Seng Wor Sdn Bhd selepas mengaku bersalah atas dua kesalahan.

Kesalahan itu termasuk menjual 250 kilogram beras gred hancur kepada pihak tidak berlesen dan kesalahan perselisihan kuantiti beras hancur pada rekod berbanding stok fizikal dalam milikan sebanyak 10,593.70 kilogram.

Iklan

Hukuman itu membabitkan denda sebanyak RM7,000 bagi pertuduhan pertama dan RM5,000 bagi pertuduhan kedua dan hasil rampasan bernilai RM25,000 dijadikan hasil kerajaan.

Dalam pada itu, KPKM meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan mengenai aktiviti berkaitan padi dan beras yang menyalahi undang-undang dinasihatkan supaya melaporkan kepada beberapa saluran yang disediakan.

Antaranya portal aduan melalui https://skpb.kpkm.gov.my/adu, emel ke aduankpb@kpkm.gov.my atau hubungi talian 03-88701751/1748/1183.