Pengawal keselamatan didakwa rogol dua anak tiri

Iklan
Tertuduh berusia 28 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu atas tuduhan merogol dua anak tiri.

MELAKA - Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu, atas enam tuduhan merogol dan mencabul dua anak tiri.

Tertuduh berusia 28 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai hubungan amanah bapa tiri kepada dua kanak-kanak masing-masing berusia 14 dan 16 tahun telah melakukan amang seksual fizikal kepada mereka secara berasingan pada tarikh berbeza antara Jun tahun lalu hingga 2 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dibaca bersama Seksyen 16A akta sama dan memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Iklan

Tertuduh yang berbaju hitam juga didakwa merogol dua kanak-kanak sama secara berasingan pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun sehingga 20 tahun dan hendaklah dihukum dengan maksimum 10 sebatan.

Iklan

Semua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Rumah Pangsa Lereh, Tanjung Kling di sini, antara Jun 2023 hingga 2 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Rashidah Baharom mencadangkan jaminan RM30,000 bagi empat pertuduhan dan dua pertuduhan lagi tidak ditawarkan jaminan.

Peguam Nur Aifaa Mohd Zain yang mewakili tertuduh tidak membuat sebarang rayuan kerana anak guamnya tidak berkemampuan untuk menyediakan wang jaminan.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh dibawa ke penjara dan menetapkan tarikh 27 Februari depan untuk sebutan semula kes.