TOKYO - Sebuah pesawat penerbangan kendalian All Nippon Airways Jepun dari Tokyo ke Seattle, Amerika Syarikat (AS) terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo pada Rabu selepas seorang penumpang dilaporkan menggigit lengan seorang kru kabin, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Lelaki berusia 55 tahun yang dipercayai warga AS itu ditahan oleh polis Tokyo sejurus pesawat mendarat kerana menyebabkan kecederaan, menurut Agensi Berita Kyodo.