Pelarasan tarif air domestik bantu AKSB tingkat kualiti perkhidmatan

Iklan
Izani (kiri), Laporan Sinar Harian pada Rabu.

KOTA BHARU - Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyambut baik langkah pelarasan tarif air domestik dengan kenaikan purata 22 sen setiap meter padu yang secara tidak langsung membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Pemangku Pengurus Besar AKSB, Izani Ismail berkata, pelarasan tarif berkenaan dapat menambahkan pendapatan untuk digunakan bagi operasi dan kerja-kerja pembangunan infrastruktur, naik taraf, baik pulih serta penyelenggaraan.

Iklan
Iklan

"Walaupun tidak 100 peratus tetapi pelarasan tarif dengan kenaikan ini akan memberi pertambahan dalam pendapatan.

"Hal ini membantu AKSB dalam menguruskan bekalan air di Kelantan dan dapat memberi sekali gus meningkatkan perkhidmatan kami kepada pengguna di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, pelarasan tarif itu akan memberi kesan langsung pengguna termasuk masalah gangguan bekalan dan kualiti air dapat diselesaikan dengan kadar segera.

"Ketika ini terdapat 275,000 akaun pelanggan AKSB dengan pertambahan pada setiap tahun. Setakat ini juga, belum ada apa-apa rebat diberikan kepada pelanggan domestik AKSB.

Iklan

"AKSB bagaimanapun dalam perancangan untuk membina beberapa loji air baru bagi menampung keperluan jumlah pelanggan berkenaan,” ujar beliau.

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelaksanaan pelarasan tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik itu akan berkuat kuasa di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Februari ini.