Hadiah Krismas di dalam perut

Iklan
Kiara menunjukkan lokasi AirPod menerusi hasil x-ray yang dijalankan. - Agensi

TBILISI - Seorang ibu di Georgia berkongsi gambar hasil x-ray perut anaknya yang menunjukkan kedudukan Apple AirPod yang diberikan pada Hari Krismas.

Kiara Stroud berkata, anak lelakinya berusia tujuh tahun itu memaklumkan dia secara tidak sengaja menelan AirPod.

Iklan
Iklan

"Anak saya sebelum itu memegang AirPod dengan mulutnya sebelum tertelan.

"Saya kemudian membawanya ke Pusat Kesihatan Kanak-Kanak Atlanta di Egelston dan doktor mengesahkan ia berada di dalam perut (anak saya)," katanya.

Iklan

Katanya, doktor di pusat kesihatan itu memutuskan untuk tidak membuat sebarang pembedahan bagi mengeluarkan peranti tersebut, sebaliknya ia akan keluar secara semula jadi.

"Anak saya akan menggunakan peranti berwayar sehingga dewasa," katanya. - Agensi

Iklan