PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memulakan Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebagai menyuarakan aspirasi rakyat Malaysia menuntut keadilan dan keamanan Palestin.
Kementerian Komunikasi dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kempen itu turut disertai barisan Jemaah Menteri yang menandatangani poskad tertera ayat We appeal for the UN to accept The State of Palestine as a full member. Ceasefire now! sebelum mesyuarat Kabinet hari ini.
Poskad khas yang ditandatangani Anwar untuk dikirimkan kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres. Foto Facebook Anwar Ibrahim