Masih ada shisha di premis tertutup - Exco

Iklan
Hilmi melupuskan shisha yang dirampas sejak 2018 ketika Program Jupo Mato Kelantanku Bersih pada Rabu.

KOTA BHARU - Masih ada premis di bandar ini yang menggunakan shisha secara tertutup untuk menarik pelanggan atau penggunaan individu.

Bagaimanapun, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah menegaskan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) tetap melarang penggunaan shisha.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penggunaan bahan itu juga dilakukan oleh individu tertentu tetapi bukan di kawasan laluan orang ramai.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jupo Mato Kelantanku Bersih pada Rabu.

Iklan

Jelas beliau, semua PBT bertindak atas aduan serta laporan orang ramai dan aktiviti berkenaan masih ada walaupun tidak banyak.

Beliau sebelum itu memusnahkan shisha yang dirampas dalam operasi MPKB- BRI dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Iklan

Dalam pada itu, Hilmi turut memaklumkan, MPKB-BRI akan mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 kepada orang ramai yang membuang sampah di kawasan tidak sepatutnya dan tindakan itu diambil di bawah Undang-Undang Kecil Kebersihan.

Tambah Hilmi, setiap PBT mempunyai kadar yang ditetapkan tetapi beliau sudah mengesyorkan supaya menaikkan kompaun sehingga RM500.