Zii Jia dedah hubungan dengan Chong Wei sebagai 'pelik'

Iklan
Jii Zia (kiri) pasrah apabila peminat kerap membandingkannya dengan legenda negara, Chong Wei.

PEMAIN badminton perseorangan profesional lelaki, Lee Zii Jia pasrah apabila peminat kerap membandingkannya dengan legenda negara, Datuk Lee Chong Wei.

Malah juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 itu mengakui hubungannya dan Chong Wei sebagai 'pelik' terutama selepas bergerak secara profesional.

Iklan
Iklan

"Sebagai pemain nombor satu Malaysia, saya tidak boleh elak dibandingkan dengan Chong Wei.

"Jujurnya selepas menjadi profesional, situasi menjadi pelik antara saya dan dia," katanya dalam hantaran temubual oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.

Iklan

Terdahulu Zii Jia menumpaskan pemain Kanada, Brian Yang 21-17, 21-19 dalam saingan pusingan pertama Terbuka India 2024 di New Delhi.

Pemain yang berasal di Alor Setar, Kedah itu menjawab pertanyaan media India mengenai hubungannya dengan Chong Wei dan bagaimana dia menguruskan situasi tersebut.

Iklan

Zii Jia juga sedar bahawa para pengkritik dan peminat sering mengikuti perkembangan kerjayanya dan bertekad untuk melakukan yang terbaik buat negara sambil dibantu oleh pasukannya.

"Kalau gagal, saya akan gagal dan ia semuanya berkisar sama ada berjaya atau gagal. Jadi saya perlu hadapi tekanan seperti ini. Tahun ke tahun, pengalaman saya bertambah dan lebih matang untuk hadapi masalah seperti ini.

"Namun saya belum dapat jalan penyelesaian terbaik, tetapi saya dan pasukan sedang berusaha ke arah itu.

"Banyak berita di sekeliling. Saya mempunyai pasukan dan jurulatih berpengalaman. Mereka banyak membantu dan saya hanya perlu percaya dengan apa yang dilakukan pada ketika ini," katanya.

Menanti Zii Jia dalam saingan pusingan kedua kejohanan berstatus Super 750 pada Khamis ialah pilihan kelima kejohanan, Jonathan Christie dari Indonesia.