BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka India 2024 di New Delhi pada Rabu.
Pada aksi pusingan pertama di Stadium Indira Gandhi, juara dunia 2022 itu memerlukan masa 62 minit untuk menewaskan pasangan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 21-9, 19-21, 21-14.
Iklan
Iklan
Naib juara musim lalu itu memperagakan aksi bertenaga menerusi corak permainan menyerang biarpun ada melakukan beberapa kesilapan mudah dalam kejohanan berstatus Super 750 tersebut.
Kedua-dua gandingan pernah bertemu sebanyak tujuh kali sebelum ini dengan empat daripadanya dimenangi Koga-Saito pada Terbuka Denmark 2021 serta Terbuka Jerman, Terbuka Switzerland dan Kumamoto Masters tahun lalu.
Dalam saingan pusingan kedua pada Khamis, Aaron-Wooi Yik akan menentang satu lagi pasangan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura yang mengalahkan wakil tuan rumah, Krishna Prasad-Sai Pratheek 21-14, 21-11.