Mayat wanita berlumuran darah ditemukan bersama sekeping nota

Iklan
Foto hiasan. Gambar kecil: Zulkiflee Nazir

BERA - Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan di leher dan pergelangan tangan di Kampung Sri Buntar, Triang di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, mayat mangsa berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui kira-kira jam 8.50 pagi dalam bilik air rumah berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kecederaan dialami mangsa akibat senjata tajam berdasarkan kesan luka dan penemuan sebilah pisau di tempat kejadian.

"Setakat ini tiada sebarang kesan pecah masuk atau lain-lain keterangan yang menjurus kepada elemen perbuatan jenayah ditemui," katanya.

Iklan

Zulkiflee berkata, berdasarkan keterangan keluarga terdekat, mangsa dipercayai mengalami masalah kemurungan sejak sebulan lalu dan dalam proses rawatan secara tradisional.

"Kes terbabit masih dalam siasatan namun setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Iklan

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang boleh mengganggu siasatan," ujarnya.