Semarak, PowerChina meterai perjanjian projek pengeluaran hidrogen hijau

Iklan
Mohammad Shahil Ishak (kiri) dan Haoliang berjabat tangan selepas bertukar-tukar perjanjian kontrak melaksanakan sebuah projek bersepadu pengeluaran dan penyimpanan hidrogen hijau menggunakan ladang fotovoltaik terapung di Perak.

ANAK syarikat PowerChina, China Hydropower (Malaysia) Co Ltd, memeterai perjanjian kerjasama dengan Semarak Renewable Energy Sdn Bhd bagi pelaksanaan projek bersepadu pengeluaran dan penyimpanan hidrogen hijau, menggunakan ladang fotovoltaik terapung di Perak.

Projek bernilai RM1.883 bilion itu melibatkan usaha pengeluaran hidrogen hijau berskala besar yang pertama di negara ini.

Iklan
Iklan

Perjanjian yang bakal melakar sejarah baharu dalam penggunaan tenaga lestari di Malaysia itu ditandatangani oleh Penolong dan Timbalan Pengurus Besar di Ibu Pejabat Wilayah Asia-Pasifik PowerChina, Ye Haoliang dan Pengerusi Semarak Renewable Energy Sdn Bhd, Mohammad Shahil Ishak.

Haoliang berkata, projek tersebut dilaksanakan dengan memberikan keutamaan kepada penjagaan ekologi dan pembangunan hijau, sekali gus membantu menjayakan transformasi hijau serta ke arah pelepasan rendah karbon di negara ini.

Iklan

"PowerChina, bersandarkan kepakarannya dalam sektor tenaga baharu, memberikan jaminan untuk menyegerakan perancangan dan pembinaan projek ini, sambil menyatakan komitmen tinggi mereka untuk membantu Semarak menjadi perintis dalam industri hidrogen hijau Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohammad Shahil turut menyatakan penghargaannya kepada PowerChina kerana kesediaan untuk bersama-sama menjayakan projek berkenaan.

Iklan

"Pelaksanaan projek yang melibatkan reka bentuk, pemerolehan dan pembinaan fotovoltaik terapung, unit pengeluaran hidrogen, dan unit penyimpanannya itu merupakan pencapaian penting PowerChina di negara ini dalam penghasilan tenaga fotovoltaik dan hidrogen selain

syarikat perkhidmatan tenaga bersih global yang terkemuka,” ujarnya.

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1993, PowerChina melaksanakan lebih daripada 150 projek dengan nilai kontrak melebihi 7 bilion dolar Amerika Syarikat (AS).

Projek-projek tersebut termasuk Stesen Hidro kuasa Bakun, Stesen Hidro kuasa Hulu Terengganu, Cawangan Universiti Xiamen Malaysia, Pusat Konvensyen dan Pameran Sabah, dan Projek Fotovoltaik Berskala Besar Terengganu Majiang yang berperanan penting menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Malaysia.