Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO

Iklan
Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus. Foto AFP

DAVOS - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru semua negara untuk bersedia menghadapi pandemik seterusnya.

Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.

Iklan
Iklan

WHO mengukuhkan istilah"Penyakit X" untuk penyakit yang tidak diketahui.

"Apa-apa pun yang berlaku adalah soal bila, bukan jika kita perlu bersedia untuk penyakit yang kita tidak tahu yang mungkin akan datang. Atas sebab itulah kita menamakan Penyakit X," katanya.

Iklan

Selain itu, Ghebreyesus turut menyenaraikan bidang seperti perancangan kesediaan dan infrastruktur penjagaan kesihatan yang negara boleh sediakan walaupun tanpa banyak pengetahuan tentang"Penyakit X".

Beliau juga menekankan kepentingan melabur dalam penjagaan kesihatan primer dan persediaan menghadapi wabak seperti Covid-19.

Iklan

"Negara berpendapatan tinggi terkejut kerana pelaburan mereka dalam beberapa dekad yang lalu adalah pada teknologi tinggi, teknologi canggih dalam perkhidmatan tertiari, malah pembedahan robotik.

"Tetapi pelaburan mereka dalam penjagaan kesihatan primer tidak ada. Malah sesetengah negara tidak dapat melakukan pengesanan kontak rapat.

"Jadi untuk menyediakan negara, saya fikir komitmen yang diperbaharui untuk mengukuhkan penjagaan kesihatan primer adalah sangat penting," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam forum persediaan untuk pandemik seterusnya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada Rabu.

Dalam forum ini pakar-pakar turut berkongsi perspektif mereka mengenai kesediaan berdepan pandemik seterusnya. - Awani