Kedai kenderaan potong terbakar

Iklan
Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran. Foto Bomba Pahang

KUANTAN - Sebuah kedai kenderaan potong di Taman Seri Mahkota Aman di sini terbakar pada Rabu malam.

Iklan
Iklan

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kebakaran itu kira-kira jam 9.58 malam.

Menurutnya, seramai 13 anggota daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Taman Tas dan turut mendapat bantuan dari Balai Bomba Indera Mahkota ke lokasi kejadian.

Iklan

"Setelah tiba di lokasi kejadian, sebuah kedai menjual barang-barang kereta potong (half cut) yang keluasan 45 x 80 kaki persegi terbakar 50 peratus.

Keadaan kedai kenderaan potong selepas api berjaya dipadamkan. Foto Bomba Pahang.

"Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, Zulfadli berkata, pasukan bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos daripada air tangki pam jentera bomba.

Katanya, bantuan sumber air turut diperoleh daripada jentera tanker BBP Indera Mahkota yang tiba di lokasi.

"Operasi dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran dan jumlah kerugian,” katanya.