Raja Charles III akan jalani prosedur berkaitan prostat

Iklan
Raja Charles III.

LONDON - Raja Britain Raja Charles III akan menjalani 'prosedur pembetulan' di sebuah hospital pada minggu depan kerana masalah pembesaran prostat.

"Seperti ribuan lelaki setiap tahun, Raja Charles III telah mendapatkan rawatan untuk prostat yang membesar," menurut kenyataan Istana Buckingham pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu masalah kesihatan yang dihadapi Raja Britain berusia 75 tahun itu adalah 'tidak berbahaya'.

"Janji temu Raja akan ditangguhkan untuk tempoh singkat pemulihan," menurut kenyataan itu.

Iklan

Raja Charles III menaiki takhta pada 8 September 2022, berikutan kemangkatan bondanya Ratu Elizabeth II.- Bernama

Iklan