Serangan strok tak halang bekas pemandu jadi pengusaha gerai
Iklan
Mohd Sabri (dua dari kanan) melihat peralatan yang diterima bagi membantu dalam perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan di Kulim Kedah.
KULIM - Akibat hilang punca pendapatan berikutan serangan angin ahmar dua tahun lalu, seorang bekas pemandu nekad mengusahakan gerai kecil berdekatan rumahnya di Kampung Dusun di sini bagi menyara keluarga.
Mohd Sabri Ali, 52, berkata, walaupun mengambil masa lama untuk pulih dan kembali berjalan, namun dia tidak betah duduk diam memikirkan nasib keluarga.
Mohd Sabri (tiga dari kanan) menerima alatan bantuan memasak yang disampaikan PERKESO dan Tabung Haji.
Iklan
Iklan
Bapa kepada tiga anak ini berkata, kesan serangan penyakit itu, bahagian kiri badannya yang lumpuh masih perlu diberi perhatian selain tidak boleh melakukan kerja-kerja berat bagaimanapun sebagai ketua keluarga, dia nekad mengusahakan sebuah gerai yang menyediakan masakan panas kepada pelanggan.
"Sejak kecil saya sudah biasa memasak dan bila jatuh sakit, isteri ambil alih bekerja dan buat kerja-kerja di gerai makan depan kolam udang dekat rumah tetapi kini bila saya sudah boleh aktif sikit, saya usahakan gerai ini, isteri fokus kerja dia," katanya.
Iklan
Usaha Mohd Sabri mendapat perhatian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang menyampaikan peralatan memasak bernilai RM2,647 menerusi program Return To Work Rd (RTW) tajaan Tabung Haji.
Penyerahan disempurnakan Pengarah PERKESO Kedah, Rak Boon Tan Rat dan Pengurus Lembaga Tabung Haji Kulim, Zurita Khidzir berupa dapur bertekanan tinggi, peti sejuk beku dan peralatan memasak lain.
Rak Boon (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Sabri di gerainya dekat Kampung Dusun, Kulim, Kedah.
Iklan
Jelas Mohd Sabri, pemberian itu sudah tentu dapat membantu menawarkan pelbagai hidangan masakan kepada pelanggan.
Selain Mohd Sabri, seorang lagi penerima RTW ialah Mohd Syawalri Ismail dari Sedim yang mengalami kecederaan otak traumatik semasa kemalangan.
Mohd Syawalri menerima peti sejuk beku, alatan pengisar dan alatan berniaga seperti meja dan payung bernilai RM1,939.
Sementara itu, Rak Boon berkata, Tabung Haji telah menaja RM800,280 untuk program RTW PERKESO di seluruh negara tahun lepas.
"Di bawah program itu, kami telah membelanjakan RM28,933.20 untuk menyediakan pelbagai peralatan kepada 10 pencarum PERKESO di Kedah.
"Ia bertujuan membantu mereka membina kapasiti perniagaan kecil mereka, manakala 12 pencarum telah mendapat manfaat daripada caruman PERKESO Bekerja Sendiri bernilai RM2,793.60,” katanya.
Rak Boon menambah, objektif program RTW adalah untuk membantu pencarum PERKESO yang mengalami kecederaan serius atau menghidap penyakit kritikal untuk bangkit semula agar dapat menyara kehidupan.
"Kebanyakan mereka hilang keupayaan untuk bekerja selepas terlibat dalam kemalangan serius atau jatuh sakit.
"Program ini bertujuan membantu mereka bangkit semula sama ada dengan bekerja semula atau menjalankan perniagaan kecil yang sesuai dengan kemampuan mereka,” katanya.
Tambahnya, di bawah program itu, PERKESO turut menyediakan pembiayaan untuk rawatan pemulihan seperti fisioterapi, alatan pemulihan, 'work-site assistance' (WSA) dan bantuan implan mengikut kesesuaian pencarum.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam