Inspektor polis antara tujuh ditahan kes larikan ahli perniagaan

Iklan
Tujuh individu termasuk seorang pegawai polis ditahan untuk siasatan kes melarikan seorang ahli perniagaan di Bandar Sri Sendayan.

SEREMBAN - Pegawai polis berpangkat inspektor antara tujuh ditahan untuk siasatan kes melarikan seorang ahli perniagaan di Bandar Sri Sendayan di sini pada 10 Januari lalu.

Difahamkan, pegawai terbabit yang bertugas di kontinjen Perak ditahan pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, satu laporan diterima pihaknya daripada seorang lelaki warga Bangladesh yang mendakwa abangnya dilarikan sekumpulan individu.

Susulan itu, kata beliau, sepasukan polis menjalankan serbuan dan berjaya menyelamatkan lelaki itu.

Iklan

"Hasil siasatan, lelaki terbabit dipercayai berhutang RM70,000 daripada salah seorang suspek.

"Disebabkan itu suspek melarikan mangsa dan memintanya membayar RM25,000," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Tambahnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 13 Januari untuk disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang.