Lelaki tular buat gangguan seksual ditahan

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan perbuatan lelaki tersebut yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di Kota Damansara.

PETALING JAYA - Seorang lelaki diberkas dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap wanita dalam kejadian di kawasan Kota Damansara di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, siasatan dijalankan susulan pihaknya mengesan video tular melibatkan kejadian berkenaan kira-kira jam 4.37 petang, 15 Januari lalu.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati kejadian terbabit tular menerusi klip video di aplikasi X memaparkan mangsa diganggu suspek yang menaiki sebuah motosikal sambil melakukan onani.

"Semakan kemudiannya mendapati tiada laporan dibuat mangsa sebelum mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis kira-kira jam 6.20 petang pada 16 Januari lalu," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Iklan
Mohamad Fakhruddin

Katanya, susulan itu satu tangkapan dijalankan melibatkan lelaki warga tempatan di Apartmen Indah, Damansara Damai pada 16 Januari.

"Suspek diberkas berumur 23 tahun dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Iklan

"Antara peralatan dirampas bersama suspek melibatkan sehelai baju, seluar pendek, sepasang kasut getah, satu rangkai kunci dan sebuah motosikal," katanya.

Menurutnya, semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan," katanya.