KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan di media sosial bahawa siasatan telah dijalankan ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, maklumat yang tular di media sosial berkaitan perkara itu adalah palsu dan boleh merosakkan nama Ketua Setiausaha Negara.