Tujuh rumah teres terbakar

Iklan
Anggota bomba melakukan pemadaman melibatkan tujuh rumah di Taman Tupai Mas hari ini.

TAIPING - Sebanyak tujuh rumah teres terbakar dalam kejadian di Jalan TM 1/8, Taman Tupai Mas di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Kamunting bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.55 pagi.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan tujuh rumah dua tingkat melibatkan kemusnahan antara satu peratus hingga 80 peratus.

"Kejadian itu telah memusnahkan empat motosikal, sebuah van dan sebuah kereta. Seorang lelaki turut melecur di bahagian bahu,” katanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota bertindak membuat pemadaman menggunakan aliran air sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.35 pagi.