‘Juara dunia harus digilap dari usia awal’

Iklan
Jack Koh

EDISI pertama Kejohanan Badminton Remaja NCT telah dijadualkan bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yok Bin, Melaka bermula Jumaat.

Kejohanan yang dijangka menarik penyertaan lebih 5,000 remaja yang berusia antara 9 hingga 15 tahun itu akan dibahagikan kepada 14 kategori.

Iklan
Iklan

Peringkat awal kejohanan akan diadakan di lima negeri, sementara aksi Grand Final pula di Kuala Lumpur.

Seramai 505 peserta dari Wilayah Selatan Malaysia dan Pahang Timur akan beraksi di kejohanan yang diadakan di Melaka.

Iklan

Dalam satu wawancara, penganjur Datuk Jack Koh berkata, untuk usaha untuk menghasilkan juara dunia harus dimulakan ketika pemain-pemain masih di usia remaja.

"Data kajian dari Institut Sukan Australia (AIS) menunjukkan jangka masa 12 ke 18 tahun diperlukan bagi menghasilkan pemain yang boleh menjadi juara dunia. Kita akan mengambil purata 15 tahun atau tiga ke empat kitaran Sukan Olimpik untuk menghasilkan juara dunia.

Iklan

"Usia paling sesuai untuk bermula ialah 8-9 tahun, maka dengan itu kita asaskan kejohanan ini.

"Apa yang kita boleh buat ialah membangunkan sebuah ekosistem dan membangunkan pemain dari usia muda.”

Beliau juga berharap lebih ramai mereka yang berfikiran sama dan berdedikasi bersama menyumbang dengan menyertai kem kejohanan ini.

Kelab Badminton Petaling (PBC) milik Koh telah berjaya menghasilkan juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, pemain beregu campuran Chen Tang Jie dan pemain beregu lelaki kebangsaan Man Wai Chong.

Mereka yang layak ke separuh akhir di setiap peringkat kejohanan akan layak secara automatik ke Grand Final, manakala pemenang setiap peringkat akan berpeluang berkunjung ke Paris bagi menyaksikan Sukan Olimpik.

Selain Itu, Koh berkata akan ada jurulatih yang berkunjung ke kejohanan itu bagi mengenalpasti pemain-pemain berbakat dan 10 ke 15 pemain akan dipilih untuk menjalani latihan khas.


BADMINTON REMAJA NCT

Pusingan Awal

Melaka

19 hingga 21 Januari

Pahang

17 hingga 18 Februari

Selangor

8 hingga 10 Mac

Sabah

19 hingga 21 April

Pulau Pinang

17 hingga 19 Mei

Grand Final:

Kuala Lumpur

31 Mei hingga 3 Jun