Corak permainan Malaysian Tigress bertambah baik

Iklan
Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan di Valencia pada Khamis. Foto MHC

PENGENDALI skuad hoki wanita negara Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menyifatkan corak permainan Malaysian Tigress mempamerkan peningkatan yang baik dalam kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

"Saya harus memberi pujian kepada pemain-pemain kerana telah memberikan satu persembahan yang amat baik terutamanya pemain senior dan dibantu oleh pemain-pemain muda.

Iklan
Iklan

"Dapat dilihat pasukan Korea amat sukar untuk menembusi bahagian pertahanan kami dan kami turut berpeluang untuk melakukan serangan serta mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

"Sedikit kelekaan yang berlaku dalam separuh masa kedua menyebabkan Korea berjaya menjaringkan gol. Beberapa kekurangan yang telah dikenalpasti perlu diperbaiki terutamanya menjelang perlawanan terakhir tempat ketujuh dan kelapan.

Iklan

"Saya berharap pemain akan memberikan sehabisnya yang dimiliki meraka kerana pasukan ini amat berpotensi untuk menyerlah di pentas antarabangsa," katanya.

Malaysian Tigeress sebelum itu dibelasah Korea Selatan 0-3 dalam perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan di Valencia, Sepanyol pada Khamis.

Iklan

Gol Korea Selatan dijelmakan Cho Hyejin pada minit ke-33, Lee Yuri (m-46) dan Park Seungae (m-54).

Kekalahan itu menyaksikan Malaysian Tigeress akan berdepan pemenang perlawanan Kanada atau Ukraine dalam penentuan tempat ketujuh dan kelapan Sabtu ini.

Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024

Kumpulan B

Malaysia 0-7 Sepanyol

Malaysia 0-3 Kanada

Malaysia 1-8 Great Britain

Penentuan kelima hingga kelapan

Malaysia 0-3 Korea Selatan