'Tidak wajar label Tun M supremasi'
Iklan
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar dilabel ''supremasi' susulan kenyataan mempertikai kesetiaan kaum India dan orang bukan Melayu perlu menjadi Melayu untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib@Khalid berkata, istilah tersebut dianggap satu penghinaan terhadap seorang negarawan seperti Dr Mahathir yang telah banyak berjasa untuk negara.