Rakyat Malaysia tak berhemah, bazir guna air
Iklan
SHAH ALAM - Penggunaan air mencecah 240 liter sehari di kebanyakan rumah persendirian menunjukkan sikap rakyat di negara ini yang tidak berhemah dan suka membazir.
Pakar air yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, jumlah itu melebihi paras 180 liter seperti ditetapkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan RMK12.