Australia lebarkan kelebihan di Qatar 2023

Iklan
Irvine 'enjin gol' Australia ketika berdepan Syria pada Khamis. Foto Agensi

JUARA 2015, Australia mengekalkan permulaan sempurna kempen Piala Asia Qatar 2023 selepas menjinakkan Syria, 1-0 dalam perlawanan Kumpulan B pada Khamis.

Jaringan Jackson Irvine minit ke-59 itu membolehkan Australia meraih kemenangan kedua selepas menewaskan India, 2-0 di Stadium Ahmed bin Ali pada 13 Januari lalu.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu menyaksikan Australia mengekalkan penguasaan kedudukan teratas kumpulan dengan enam mata dengan baki satu perlawanan.

Dalam perlawanan itu, Stadium Jassim Bin Hamad dibanjiri 10,097 penyokong yang majoriti para penyokong gergasi Timur Tengah tersebut ternyata dihiburkan persembahan menarik kedua-dua pasukan.

Iklan

Digemuruh para penyokong mereka, pasukan Timur Tengah itu memulakan permainan dengan hampir di depan menerusi Pablo Sabbag, namun percubaan terkena tiang pada minit kelima.

Bagaimanapun, gema penyokong Syria disenyapkan Irvine yang bertindak bijak memanfaatkan peluang untuk menewaskan penjaga gol, Ahmad Madanieh.

Iklan

Australia akan melengkapkan saingan kumpulan berdepan Uzbekistan di Stadium Al Janoub manakala Syria berdepan India di Stadium:Al Bayt pada 23 Januari depan.