Monyet curi iPhone 'tawar' sistem barter

Iklan
Video yang tular di Instagram menunjukkan orang ramai mengumpan air minuman untuk mendapatkan semula telefon bimbit. - Agensi

NEW DELHI - Terdapat beberapa kejadian di mana monyet yang terkenal dengan tingkah-laku 'nakal' merampas barang peribadi orang ramai yang sedang leka berakhir apabila ia dipulangkan semula atau sebaliknya.

Dalam kejadian sama, seekor monyet telah mencuri iPhone milik seorang lelaki di Vrindavan, Uttar Pradesh, India dan apa yang berlaku seterusnya agak melucukan netizen.

Iklan
Iklan

Sebuah video dikongsikan di akaun Instagram mendakwa kejadian itu berlaku di Sri Rangnath Ji Mandir di Vrindavan pada 6 Januari lalu.

Rakaman video menunjukkan dua ekor monyet duduk atas bumbung dan salah seekor daripadanya memegang iPhone milik lelaki tersebut.

Iklan

Sementara itu, kelihatan orang ramai berkumpul untuk membantu lelaki itu mendapatkan telefonnya semula.

Mereka juga dilihat sedang membuat 'rundingan' dengan monyet tersebut dengan mengumpan dengan sebotol 'Frooti' atau air berperisa mangga kepadanya.

Iklan

Sebaik sahaja monyet itu mengambil botol minuman, tiba-tiba salah seekor monyet menjatuhkan telefon manakala individu lain dengan pantas menyambut telefon tersebut.

Video kejadian lucu itu dikongsi di Instagram oleh pemilik akaun Vikas dengan kapsyen 'Monyet Vrindavan, iPhone dijual dengan Frooti'.

Video itu tular sehingga mencetuskan komen kelakar dan netizen menyatakan monyet semakin 'bijak' apabila memilih telefon berjenama mahal dan berunding dengan manusia untuk mendapatkan makanan.

Seorang pengguna menulis, 'Ia dipanggil sistem barter' dan pengguna lain menyatakan 'monyet sudah mendapat idea bagaimana mendapatkan makanan'. ketika krisis peningkatan harga makanan global. - Agensi