KUCHING - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Millenia, Debak kira-kira 270 kilometer (km) dari bandar raya Kuching bagi menempatkan mangsa banjir.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS yang dibuka pada jam 1.30 pagi tadi itu menempatkan 30 orang daripada enam keluarga.