KONTRAK niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal.
Pada jam 9.28 pagi, kontrak bulan semerta Januari 2024 merosot dua mata kepada 1,480.0, Februari 2024 dan Mac 2024, masing-masing susut 2.5 mata kepada 1,480.5 dan 1,466.5 serta Jun 2024 berkurangan 0.5 mata kepada 1,470.0.