AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari

Iklan
AiarAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching kepada setiap hari atau tujuh kali seminggu, dari tiga penerbangan seminggu bermula 8 Februari. Gambar hiasan

AIRASIA akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching kepada setiap hari atau tujuh kali seminggu, dari tiga penerbangan seminggu bermula 8 Februari.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata, peningkatan kekerapan itu tepat pada masanya ketika industri pelancongan kedua-dua negara mengalami fasa pemulihan yang pesat.

Iklan
Iklan

Dengan penambahan kekerapan itu juga AirAsia menyediakan lebih banyak pilihan penerbangan dengan kadar tambang yang berpatutan.

"Laluan Kuching ke Jakarta ini juga sangat penting sebagai penghubung antara Sarawak ke bahagian lain di Indonesia, Indonesia, terutamanya dengan penubuhan ibu negara yang baharu, Nusantara, di Kalimantan Timur," kata syarikat penerbangan itu.

Iklan

Tempat duduk boleh ditempah untuk penerbangan segera dengan harga serendah Rp689.000 sehala dari Jakarta dan RM149 dari Kuching melalui aplikasi airasia Superapp dan laman web airasia.com.

Laluan Jakarta-Kuching yang dikendalikan oleh AirAsia Indonesia dilancarkan pada 15 Jun tahun lepas.

Iklan

Ia kemudiannya menjadi pilihan popular dalam kalangan penumpang dari kedua-dua bandar raya, khususnya warga Indonesia yang mengunjungi Kuching untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan warisan sejarah Sarawak serta penumpang dari Sarawak untuk membeli-belah dan menikmati pengalaman kulinari di Jakarta. - Bernama