RAMALLAH (Palestin) - Penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara berdasarkan sempadan 1967 adalah penting bagi memastikan keselamatan dan kestabilan di rantau itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Jurucakap kepada Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeineh pada Khamis malam menegaskan perkara itu sebagai respons terhadap kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bahawa 'tidak akan ada negara Palestin'.