KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sarawak dijangka mengalami hujan berterusan hingga esok dan lusa.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.