Pejalan kaki cedera dilanggar van

Iklan
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut.

TANJONG KARANG - Seorang pejalan kaki cedera selepas dilanggar sebuah van jenis Toyota Hiace di Kilometer 61.8 Jalan Klang-Telok Intan di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.55 petang, lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya itu mengalami luka di bahagian kepala kiri.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa melintas jalan dari sebelah kiri.

"Bagaimanapun van terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar pejalan kaki dan seterusnya terbabas melanggar tiang lampu," katanya.

Iklan
Iklan

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang untuk menerima rawatan.