'Kami datang bukan untuk seri atau kalah'

Iklan
Pan-gon (kanan) percaya Harimau Malaya mampu meraih kemenangan ke atas Bahrain.

HARIMAU Malaya enggan berputih mata dan tekad meraih kemenangan ke atas Bahrain dalam memastikan peluang ke pusingan 16 pasukan terbaik kembali terbuka pada pentas Piala Asia, Qatar 2023.

Pengendali skuad negara, Kim Pan-gon berkata, semua pemain sedar kepentingan perlawanan tersebut yang diibaratkan sebagai aksi penentuan dan akan turun dengan semangat juang tinggi untuk mengejutkan pasukan di ranking ke-86 dunia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua pemain juga sudah kembali dengan 'mood' positif selepas dibelasah Jordan baru-baru ini selain telah memperbaiki beberapa kelemahan untuk berdepan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hammad, Sabtu ini.

"Namun, ini adalah bola sepak, kami perlu hadapinya. Pemain juga cukup matang dan tahu bagaimana untuk mengatasi kekecewaan dan kembali fokus.

Iklan

"Kami datang bukan untuk seri atau kalah sebaliknya kami nak menang. Esok adalah perlawanan penentuan dan amat penting bagi kami untuk mencatatkan kemenangan," katanya dalam sidang media pra perlawanan pada Jumaat.

Sebelum ini, skuad negara tewas 0-4 kepada Jordan dalam aksi pembukaan dan perlu menang perlawanan menentang Bahrain untuk kembali menyalakan harapan ke pentas Piala Asia.

Iklan

Dalam pada itu, Pan-gon turut menegaskan akan menggunakan taktikal sama bercorak menyerang dalam pertemuan menentang Bahrain itu.

"Dua tahun terakhir, kami berdepan pasukan yang sama seperti Jordan iaitu China, Syria India, dan Kyrgyzstan. Kami seri atau menang dengan cara yang sama seperti kami bermain menentang Jordan.

"Kenapa perlu persoal taktikal tersebut kerana ini adalah cara Harimau Malaya.

"Perlawanan esok, percaturan tetap sama. Kami akan kawal permainan dan, serang lawan dan buat mereka berdepan kesukaran," katanya.

Untuk rekod, lima perlawanan terakhir memihak kepada Bahrain dengan kali terakhir mereka bertemu menyaksikan Bahrain menang 2-1 pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2022.