Wan Junaidi akan beri kenyataan dakwaan letak jawatan

Iklan
Wan Junaidi - Foto Bernama

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan memberi kenyataan dalam masa yang terdekat berhubung dakwaan peletakan jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Negara

Pegawai media Wan Junaidi ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat berkata, pihaknya enggan memberi sebarang komen berhubung dakwaan tersebut buat masa ini.

Iklan
Iklan

"Kita pun masih menunggu tetapi kita akan cuba secepat mungkin,” katanya pada Jumaat.

Pada Jumaat, media melaporkan Wan Junaidi telah mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara untuk dilantik sebagai Gabenor Sarawak ke-lapan.

Iklan
Iklan