JEMPOL - Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan memusnahkan sebutir bom lama jenis mortar 81MM yang ditemui di ladang kelapa sawit Felda Serting Hilir 2 di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, bom tersebut ditemui oleh seorang peneroka Felda ketika melakukan kerja pembersihan ladangnya lebih kurang jam 12.30 tengah hari semalam.