Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella

Iklan
Penemuaan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah Batu Pahat. Gambar kecil: Kamarul Zaman

BATU PAHAT - Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini dijangka dapat merungkai kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, rangka itu ditemui jam 2 petang, pada Jumaat selepas dipandu salah seorang suspek.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebelum ini tiga suspek berkaitan kes kehilangan Bella telah ditahan sebelum salah seorang daripadanya menunjukkan lokasi penemuan rangka manusia ini.

"Keluarga Bella sudah dimaklumkan mengenai perkara ini, namun kita belum dapat mengesahkan sama ada ia rangka itu milik wanita terbabit,” katanya pada sidang media di lokasi pada malam Jumaat.

Iklan
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi penemuaan rangka manusia di Tongkang Pecah.

Dengan penemuan rangka manusia itu, misteri kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak 14 Disember lalu dijangka bakal terungkai.

Pada 14 Disember tahun lalu, ibu tunggal dua anak itu gagal dihubungi selepas hilang keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam, dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi.

Iklan

Bagaimanapun, selepas tarikh itu dan sehingga kini, kelibat wanita terbabit terus hilang dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi, selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.