Thailand menemukan 14.8 juta ton litium di Phang Nga

Iklan
Gambar hiasan 123RF

BANGKOK - Thailand telah menemukan deposit litium sebanyak 14.8 juta tan di dua lokasi di provinsi selatan Phang Nga, yang mengukuhkan aspirasinya untuk menjadi hab untuk kenderaan elektrik (EV).

Timbalan jurucakap kerajaan Radklao Intawong Suwankiri berkata, dua deposit litium itu masing-masing terletak di Ruangkiet dan Bang E-Thum di Phang Nga.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, litium adalah bahan mentah utama yang digunakan dalam penghasilan bateri kenderaan elektrik.

"Penemuan 14.8 juta tan litium akan menjadikan Thailand sebagai sumber litium ketiga terbesar di dunia selepas Bolivia dan Argentina," katanya.

Iklan

Selain litium, Radklao berkata deposit natrium yang besar telah ditemukan di wilayah timur laut.

"Ini adalah berita baik. Penemuan dua unsur alam ini, yang merupakan bahan mentah utama yang diperlukan untuk penghasilan bateri litium-ion dan natrium-ion akan memberi manfaat kepada industri EV Thailand membantu meningkatkan daya saing negara dalam pembuatan kereta EV dan bateri.

Iklan

"Ini akan menarik pelabur potensial untuk mendirikan kilang di Thailand, mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat EV di kawasan ini," katanya.

Permintaan global untuk litium dianggarkan akan berganda tahun depan dan mencapai lebih dari 2 juta tan menjelang 2030. - Bernama