'Harap itu bukan Bella' - Keluarga

Iklan
Norhisham (kiri) dan ibu Bella, Noraini beradi di lokasi penemuan mayat di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah.

BATU PAHAT - Keluarga berharap rangka tidak sempurna yang dijumpai dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, bukan ibu tunggal Mila Sharmila Samsusah, 32 atau Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember.

Kakak kepada Bella, Norhisham, 36, berkata, sebaik sahaja diberitahu tentang penemuan mayat terbabit pada petang Jumaat, gerak hatinya kuat menyatakan itu bukan Bella.

Iklan
Iklan

"Kami berharap rangka yang ditemui itu bukan adik saya yang dilaporkan hilang," katanya ketika ditemui di lokasi penemuan rangka manusia di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah pada malam Jumaat.

Lokasi penemuan rangka manusia di rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah.

Norhisham bagaimanapun tetap reda jika rangka itu adalah Bella dan berharap hukuman setimpal dikenakan kepada pesalah.

Iklan

"Dua minggu lepas, polis sudah mengambil DNA, tisu mulut saya dan ibu. Kami diberitahu untuk simpanan pihak polis.

"Kami juga minta agar ujian DNA ke atas rangka yang ditemui ini dapat disegerakan untuk mengetahui adakah ia Bella atau sebaliknya," katanya.

Iklan

Pada 14 Disember tahun lalu, ibu tunggal dua anak itu gagal dihubungi selepas hilang keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam, dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi.

Unit forensik PDRM dan unit anjing pengesan (K-9) di lokasi kejadian penemuan rangka manusia dipercayai Bella di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah.

Bagaimanapun, selepas tarikh itu dan sehingga kini, kelibat wanita terbabit terus hilang dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi, selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.

Kronologi kehilangan Bella

16 Disember 2023 - Laporan polis pertama berhubung kehilangan Bella dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat oleh keluarga Bella

18 Disember 2023 - Laporan polis kedua mengenai kehilangan Bella dibuat oleh ahli keluarganya di IPD Batu Pahat

23 Disember 2023 - Polis memanggil lima individu termasuk teman lelaki Bella untuk membantu siasatan dengan kes masih diklasifikasikan sebagai orang hilang. Polis juga merekodkan keterangan daripada teman lelaki Bella sebanyak dua kali.

10 Januari 2024 - Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan dua lagi individu ditahan bagi membantu kes kehilangan Bella.

Petugas media di lokasi kejadian penemuan rangka manusia di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah.