SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed memdakwa anaknya Mirzan diugut akan dipenjara lima tahun sekiranya berbuat sesuatu bertentangan dengan pendakwaan.
Beliau berkata anaknya itu sehingga kini tidak disebut akan dihadap ke mahkamah.
"Bila jadi kerajaan dan berkuasa laku lebih buruk kezaliman terhadap musuh politik, kalau sokong jadi kawan, perbicaraan mahkamah pun boleh dihenti,” katanya menerusi Facebook pada Jumaat
Jelasnya, ramai nama penyokong kerajaan dalam 'Pandora papers' seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dan Menteri Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak disiasat, jauh sekali daripada didakwa.
"Terdapat juga nama beberapa ahli perniagaan seperti Lim Kok Thay, Mahmud Bekir, Tiong Hiew King, Larry Low Hock Ping, Datuk Yamani Hafez Tan Sri Musa dan mendiang Tan Sri G Gnanalingam dalam Pandora papers,” katanya
Kenyataan terbaharu Dr Mahathir itu dipercayai ada kaitannya dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang menyiasat Mirzan berhubung dakwaan pengubahan wang haram.
SPRM pada Rabu memanggil Mirzan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan satu perintah notis diberikan mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.
Notis itu mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada di dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tersebut.
SPRM menjelaskan, perintah itu adalah tindakan susulan daripada siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaan Mirzan yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Anwar tuduh saya memiliki berbillion ringgit kerana menyalahguna kuasa semasa jadi Perdana Menteri, saya minta bukti kebenaran kenyataan ini.
"Anwar tidak bagi bukti dan saya samannya kerana fitnah terhadap saya dan minta bukti dikemukan dalam mahkamah," ujarnya.
Jelasnya, setahun sudah berlalu, tidak ada bukti ditunjuk dan akhir sekali konon bukti ada pada Petronas tetapi Petronas kini terletak bawah Anwar.